tabiat MAKAN yg tak sehat

Makan Lewat Malam

Ini tabiat yang kurang baik. Makan lewat malam bererti anda mendapat banyak tenaga daripada makanan itu, tetapi anda tidak menggunakan tenaga tersebut. Apa yang akan terjadi seterusnya ? Tenaga dari makanan itu akan disimpan dalam badan anda sebagai lemak.


Memilih Makanan Manis

Gula-gula, coklat, aiskrim -seronoknya! Tetapi anda perlu menjaga berapa banyak yang anda makan, kerana terlalu banyak makanan manis seperti ini boleh menjejaskan kesihatan anda. Makanan manis terdiri daripada gula ringkas, jadi ia mudah menyebabkan berat badan anda meningkat. Snek manis dan bergula juga boleh merosakkan gigi anda. Bayangkan diri anda dengan lubang-lubang dalam gigi anda..


Makanan Segera

Anda gemar melepak di restoran makanan segera, kan? Berhati-hati dengan apa yang anda makan di sana! Terdapat sesetengah makanan segera yang berlemak tinggi, tapi kurang zat karbohidrat dan serat. Terlalu banyak makanan jenis ini boleh menjejaskan kesihatan anda.

Ia boleh menyebabkan anda berlebihan berat badan, atau obes. Ini mungkin boleh mengakibatkan penyakit merbahaya seperti sakit jantung, strok, tekanan darah tinggi atau diabetes apabila anda meningkat usia. Penyakit-penyakit seperti ini akan menghancurkan segala peluang anda untuk menikmati kehidupan yang panjang dan sihat.

No comments:

Post a Comment

nuff2