MAKANAN sehat


KEPERLUAN MAKAN

Makan mengikut keperluan fizikal anda. Jika anda sangat aktif dalam sukan dan permainan, anda harus makan lebih banyak. Jika anda tidak begitu aktif, anda harus kurangkan makan.






INFO:


Serat
ialah sejenis karbohidrat yang terdapat dalam kekacang, bijirin, ubi, buah-buahan dan sayur-sayuran.Ia membantu mencegah sembelit dan menyingkirkan sisa-sisa toksik daripada badan anda. Ia juga mencegah penyakit jantung, suatu penyakit yang bermula pada umur anda.


Mengambil terlalu banyak lemak, terlalu sedikit serat, merokok dan tidak bersenam semua ini boleh menyebabkan saluran darah ke jantung anda tersumbat !
Proses ini berlaku dengan lambat dan anda tidak akan menyedarinya sehingga anda diserang sakit jantung beberapa tahun kemudian.

Makan banyak serat boleh membantu menjaga saluran darah yang sihat dan mengelakkan daripada tersumbat.
Anda juga mesti menjaga berat badan yang sihat, jangan merokok dan mengamalkan cara hidup yang cergas.

Kekacang

Kekacang adalah sumber protein yang baik. Anda boleh memilih pelbagai jenis kekacang seperti dhal, kacang hijau, kacang merah dan kacang soya. Kekacang seperti ini juga membekalkan serat yang penting untuk kesihatan anda. Jadi makanlah pelbagai kekacang.


Sayuran sihat

Sayur-sayuran juga mengandungi banyak vitamin dan mineral yang boleh membantu badan anda berfungsi dengan sempurna. Seperti makanan tumbuhan lain, sayur-sayuran juga tinggi kandungan serat.

Buatlah pilihan bijak makan sayur-sayuran yang pelbagai warna, bentuk dan saiz! Sayur-sayuran mentah, dikukus atau ditumis adalah pilihan yang paling bagus.


Buah-Buahan

Buah-buahan membekalkan vitamin dan mineral yang boleh melindungi badan anda daripada penyakit dan jangkitan biasa. Vitamin C dalam jambu, betik dan oren, misalnya, boleh membantu luka cepat sembuh. Buah-buahan juga mengandungi serat.

Makanlah banyak buah-buahan dan minum jus buah-buahan untuk menjadi sihat


Makanlah Daging

Daging dan ikan mengandungi protein untuk membina otot dan tisu-tisu lain dalam badan anda. Daging juga merupakan sumber vitamin B, zat besi, magnesium dan zink yang bukan sahaja penting untuk kesihatan anda, tetapi juga membantu memperbaiki pencapaian fizikal dan mental anda.


Kurangkan Garam, Gula & Bahan Pengawet

Jika anda menggemari makanan yang manis, masin atau diproses, anda harus mengetahui ini. Terlalu banyak garam adalah buruk untuk tekanan darah anda, terlalu banyak gula boleh menambahkan berat badan anda, manakala sesetengah bahan pengawet dikatakan boleh menyebabkan penyakit kanser.



No comments:

Post a Comment

nuff2