pertanyaan-pertanya saya?
ustaz : Saya hamba Allah dan dengan izinnya saya
akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan ramai cerdik pandai tidak mampu menjawab pertanyaan
saya.
ustaz : Insyaallah,saya akan cuba jawab setakat yang saya mampu.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-
1. Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukkan wujud tuhan
kepada saya.
2. Apakah yang dinamakan takdir.
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan
ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan.
Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Adakah Tuhan tidak pernah
berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba ustaz tersebut menampar pipi pemuda tadi.
Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya?
ustaz : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah
jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya tak faham...
ustaz : Bagaimana rasanya tampar saya tadi?
Pemuda : Tentu saja saya rasa sakit.
ustaz : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
ustaz : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
ustaz : Itulah jawapan pertanyaan pertama...kita
semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
ustaz : Adakah anda ada bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak...
ustaz : Adakah pernah terfikir yang anda akan ditampar pada hari ini?
Pemuda : Tidak terfikir saya akan ditampar pada hari ini.
ustaz : Itulah yang dinamakan takdir.
ustaz : Tangan itu kulit?
Pemuda : betul...
ustaz : Pipi anda juga kulit?
Pemuda : betul...
ustaz : Bagaimana rasanya tampar saya tadi?
Pemuda : Sakit...
ustaz : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan
neraka juga dari api, jika Tuhan menghendaki maka
neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.
dicopy dari blog muaz..
No comments:
Post a Comment